Info Sekolah

  • SMK TAMAN DESA 2
    JALAN DESA JAYA, BANDAR COUNTRY HOMES, 48000 RAWANG SELANGOR DARUL EHSAN
  • PROSPEKTUS SEKOLAH

    Ibu bapa yang dihormati,

    Propektus ini disediakan untuk memberi ibu bapa / penjaga serta ahli masyarakat maklumat mengenai aspirasi sekolah secara umum, visi dan misi serta bidang kebitaraan sekolah. Di samping itu, propektus ini menyampaikan idea yang jelas mengenai sekolah kepada ahli masyarakat yang ingin menyumbang ke arah perkembangan dan kejayaan murid.

    1)       SEJARAH DAN PENCAPAIAN SEKOLAH
    Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa 2 atau nama ringkasnya SMK Taman Desa 2, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Bandar Country Homes.
    Ditubuhkan pada 1 Januari 2008 dan kini telah memasuki tahun keenam (2013) penubuhannya. Berbekalkan moto disiplin kualiti cemerlang , sekolah ini terus mengorak langkah maju ke hadapan.
    Pada mula beroperasi  SMK Taman Desa2 mempunyai bilangan murid seramai  511 orang meliputi Tingkatan Peralihan ,Satu, Dua dan Empat sahaja. Untuk tahun kedua (2009) bilangan pelajar telah bertambah ke 1132 orang dan tahun 2010 jumlahnya telah bertambah lagi kepada 1148 orang yang melibatkan pelajar Tingakatan Satu,Dua,Tiga,Empat,Lima dan juga Pendidikan Khas. Kesan pertambahan murid sejak tahun 2010, maka telah dibuka persekolahan sesi petang pada tahun tersebut sehingga kini. Kini bilangan murid sekolah ini seramai 1867 orang. Sekolah ini telah memulakan program pendidikan khas integrasi (PPKI) pada tahun 2010 dan kini mempunyai 61 orang murid yang terdiri daripada masalah pembelajaran (BP), penglihatan (BL) dan  pendengaran (BD).
    Pada tahun 2008, sekolah ini hanya mempunyai 33 orang guru termasuk pentadbirnya manakala pada tahun 2009 bilangannya telah bertambah menjadi 62 orang guru,dan jika dikira pada tahun lepas bilangan peningkatan guru telah bertambah menjadi 87 orang. Manakala staf sokongan juga telah bertambah daripada 3 orang guru kepada 6 orang. Kini, bilangan guru dan juga staf di SMK Taman Desa 2 telah meningkat kepada lebih 100 orang.
    Setelah 5 tahun beroperasi, SMK Taman Desa 2 kini mempunyai 7 buah blok bangunan iaitu Blok Bilik Darjah A, Blok Bilik Darjah B, Blok Makmal, Blok Bengkel KH, Blok Pentadbiran, Kantin dan Surau. Dalam  usia  yang masih  baru banyak lagi kemudahan yang masih kurang dan perlu dipertingkatkan  demi keselesaan  dan kemajuan pelajar-pelajar sekolah ini.

No comments:

Post a Comment