Thursday, 9 May 2013

Dewan Berbumbung


MATLAMAT
1.         Membina dewan terbuka di tapak perhimpunan supaya pelajar SMK Taman Desa 2 tidak lagi terdedah kepada cuaca panas atau hujan ketika berkumpul di tapak perhimpunan. Kehadiran wajib diambil oleh guru pada setiap hari di tapak perhimpunan sebelum sesi persekolahan dimulakan.
2.         Aktiviti sekolah dapat dijalankan dengan lancar dan tidak tertangguh walaupun keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

OBJEKTIF
1.         Memohon peruntukan bagi membina dewan terbuka di tapak perhimpunan sekolah.

CADANGAN
1.         Memohon bantuan pembinaan dewan terbuka daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.

SPESIFIKASI UMUM
1.         Ukuran tapak ialah Panjang 80 kaki x Lebar 102 kaki x Tinggi 25 kaki.
2.         Tiang Besi / Kerangka
3.         Bumbung ‘Metal Deck’ / Kerangka Besi
4.         Lampu 15 unit
5.         Kipas angin 20 unit
6.         Lantai ‘Tiles’ / Mozek.

JANGKAAN MASA HADAPAN
1.         Pentas
2.         Gelanggang serbaguna

ANGGARAN KOS
1.         Anggaran kos bagi pembinaan Dewan Terbuka Berbumbung ialah RM200,000.00            
           (Ringgit Malaysia : Dua Ratus Ribu Sahaja.)



PENCAPAIAN SEKOLAH DAN PROGRAM KECEMERLANGAN

INFO KEJAYAANTERKINI TAHUN 2013



SUKAN
 PERTANDINGAN KABADDI  PERINGKAT NEGERI (LELAKI BAWAH 18 TAHUN)
BIL
NAMA PEMENANG
TEMPAT
1
Gopala A/L Ramaya
Johan
2
Rooben Paul A/L Aseerpatham
Johan
3
Kathiravanan A/L Kandasamy
Johan
4
Kanesan A/L Balakrishnan
Johan
5
Deneswaran A/L Ravi
Johan

PERTANDINGAN KABADDI  PERINGKAT NEGERI (PEREMPUAN BAWAH 18 TAHUN)
BIL
NAMA PEMENANG
TEMPAT
1
Kasturi A/P Lecthumanan
Ketiga
2
Suhashini A/P Mani
Ketiga
3
Maheswari A/P Mani
Ketiga
4
Pavitra A/P Ravichandran
Ketiga
5
Mekala A/P Raman
Ketiga

PERTANDINGAN KABADDI MSSS (PEREMPUAN BAWAH 15 TAHUN)
BIL

TEMPAT
1
Roobananthini A/P Logunathan
Johan

PERTANDINGAN KABADDI MSSS (LELAKI BAWAH 15 TAHUN)
BIL
NAMA PEMENANG
TEMPAT
1
Sarmah Vishnu A/L Selvaganapathy
Naib Johan

PERTANDINGAN KRIKET MSSS (LELAKI)
BIL
NAMA PEMENANG
TEMPAT
1
Amizul Fahmy Bin Ramlan
Ketiga


KO-AKADEMIK

PERTANDINGAN THE STAR / RHB ALMIGHTY MINDS CHALLENGE (BERPASUKAN)
BIL
NAMA PEMENANG
TEMPAT
1
Tushara A/P K Balan
Brandon Lau Kah Ho
Siva Nagappan A/L Viveswaran
JOHAN

PERTANDINGAN KENDERAAN ELEKTRIK AMFIBIA (BERPASUKAN)
BIL
NAMA PEMENANG
TEMPAT
2
Kerandave Singh A/L Baldev Singh
Muhammad Najib B.Abd Ghani
Cheng Wei Da
NAIB JOHAN

PERTANDINGAN KENDERAAN ELEKTRIK AMFIBIA (BERPASUKAN)
BIL
NAMA PEMENANG
TEMPAT
3
Ravivrama Vikneswaran A/L Sridharan
Ahswin Kumar A/L Kumakhan
Saravanesh A/L Mahendhiraraja
KE-6

 KEJAYAAN KOKURIKULUM 2013
PERINGKAT DAERAH – SUKAN

PERTANDINGAN SUKAN PERINGKAT DAERAH (LELAKI & PEREMPUAN) INDIVIDU
BIL
NAMA PEMENANG
TEMPAT
1
A ROOBEN PAUL (5I)
KE 3
2
CHIN YI ( 3A)
JOHAN
3
CHIN YI (3A) & MARDIANA (3C)
NAIB JOHAN
4
MUHAMMAD ARIFF RIDZUAN (5J)
KE-3
5
NEETASHA JAY KAUR (3A)
KE-3
6
AMANDA GIBBS (3J)
KE-3

PERTANDINGAN SUKAN PERINGKAT DAERAH (BERPASUKAN)
BIL
NAMA PEMENANG
TEMPAT
1
BOLA KERANJANG (P-BWH 15)
KE-3
2
BOLA KERANJANG (L-BWH 15)
KE-3
3
KABADDI (P-BWH 18)
JOHAN
4
KABADDI (L-BWH 18)
JOHAN
5
KABADDI (L-BWH 15)
NAIB JOHAN
6
BOLA KERANJANG OLIMPIK MUDA (P)
NAIB JOHAN
7
BOLA KERANJANG OLIMPIK MUDA (L)
KE-3

PERTANDINGAN KO-AKADEMIK
BIL
NAMA PEMENANG
ACARA
TEMPAT
1
CHENG WEI HAN (5A1)
DEKLAMASI SAJAK B.CINA
JOHAN
2
MUHAMMAD SYARAFUDDIN B MOHD POAT (4H)
PERTANDINGAN MELUKIS MALAYSIA-JEPUN
PERTANDINGAN MELUKIS POSTER TANDAS
PERTANDINGAN MELUKIS BUNTING PPDa
KE-3

NAIB JOHAN

NAIB JOHAN
3
ANURSHA A/P MAHENDRAN (5A2)
PERTANDINGAN KESUSASTERAAN TAMIL
NAIB JOHAN
4
KUGANYA A/P KANNAN (3B)
PERTANDINGAN KESUSASTERAAN TAMIL
KE-3
5
CHIN YI (3A)
PERTANDINGAN MELUKIS POSTER PPDa
NAIB JOHAN
6
AHMAD SHARYZ B. AZMI (5A1)
PERTANDINGAN MELUKIS POSTER PPDa
NAIB JOHAN
7
SOH MEI XIN VALERIE (5A1)
PERTANDINGAN MELUKIS POSTER PPDa
NAIB JOHAN




Wednesday, 8 May 2013

PROSPEKTUS SEKOLAH







SMK TAMAN DESA 2



                    “ DISIPLIN KUALITI CEMERLANG”
SMK. TAMAN DESA 2,
JALAN DESA JAYA, BANDAR COUNTRY HOMES, 48000 RAWANG, SELANGOR DARUL EHSAN.
                                  NO TEL : 03-67337872 NO FAX : 03-67337870                              
          KOD : BEA 7621
        EMAIL: smktmndesa2@gmail.com
 
PROSPEKTUS SEKOLAH

Ibu bapa yang dihormati,

Propektus ini disediakan untuk memberi ibu bapa / penjaga serta ahli masyarakat maklumat mengenai aspirasi sekolah secara umum, visi dan misi serta bidang kebitaraan sekolah. Di samping itu, propektus ini menyampaikan idea yang jelas mengenai sekolah kepada ahli masyarakat yang ingin menyumbang ke arah perkembangan dan kejayaan murid.

1)       SEJARAH DAN PENCAPAIAN SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa 2 atau nama ringkasnya SMK Taman Desa 2, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Bandar Country Homes.
Ditubuhkan pada 1 Januari 2008 dan kini telah memasuki tahun keenam (2013) penubuhannya. Berbekalkan moto disiplin kualiti cemerlang , sekolah ini terus mengorak langkah maju ke hadapan.

Pada mula beroperasi  SMK Taman Desa2 mempunyai bilangan murid seramai  511 orang meliputi Tingkatan Peralihan ,Satu, Dua dan Empat sahaja. Untuk tahun kedua (2009) bilangan pelajar telah bertambah ke 1132 orang dan tahun 2010 jumlahnya telah bertambah lagi kepada 1148 orang yang melibatkan pelajar Tingakatan Satu,Dua,Tiga,Empat,Lima dan juga Pendidikan Khas. Kesan pertambahan murid sejak tahun 2010, maka telah dibuka persekolahan sesi petang pada tahun tersebut sehingga kini. Kini bilangan murid sekolah ini seramai 1867 orang. Sekolah ini telah memulakan program pendidikan khas integrasi (PPKI) pada tahun 2010 dan kini mempunyai 61 orang murid yang terdiri daripada masalah pembelajaran (BP), penglihatan (BL) dan  pendengaran (BD).

Pada tahun 2008, sekolah ini hanya mempunyai 33 orang guru termasuk pentadbirnya manakala pada tahun 2009 bilangannya telah bertambah menjadi 62 orang guru,dan jika dikira pada tahun lepas bilangan peningkatan guru telah bertambah menjadi 87 orang. Manakala staf sokongan juga telah bertambah daripada 3 orang guru kepada 6 orang. Kini, bilangan guru dan juga staf di SMK Taman Desa 2 telah meningkat kepada lebih 100 orang.

Setelah 5 tahun beroperasi, SMK Taman Desa 2 kini mempunyai 7 buah blok bangunan iaitu Blok Bilik Darjah A, Blok Bilik Darjah B, Blok Makmal, Blok Bengkel KH, Blok Pentadbiran, Kantin dan Surau. Dalam  usia  yang masih  baru banyak lagi kemudahan yang masih kurang dan perlu dipertingkatkan  demi keselesaan  dan kemajuan pelajar-pelajar sekolah ini.